Sri Aman merupakan bahagian kedua dalam negeri Sarawak. Ia terletak di antara
bahagian Kuching dan bahagian Betong. Ia terdiri daripada dua daerah
pentadbiran: Sri Aman dan Lubok Antu. Sebelum pengisytiharaan Daerah Betong sebagai
sebuah Bahagian yang kesebelas pada 26 Mac 2003, Bahagian Sri Aman mempunyai
empat daerah iaitu Daerah Sri Aman, Lubok Antu, Betong dan Saratok serta
sembilan daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Pantu, Lingga, Maludam, Engkilili,
Spaoh, Debak, Pusa, Roban dan Kabong. Pusat Pentadbiran Bahagian ini terletak di Bandar Sri Aman iatu kira-kira
193 km dari Bandaraya Kuching. Bahagian ini meliputi kawasan seluas 6,184
kilometer persegi dan terbahagi kepada dua daerah untuk melicinkan pentadbiran,
iaitu di Sri Aman dan Lubok Antu.
Setelah Betong diisytiharkan sebagai Bahagian baru,
bahagian Sri Aman sekarang hanya tinggal dua daerah iaitu Sri Aman dan Lubok
Antu dan tiga daerah kecil iaitu Daerah Kecil Pantu, Lingga dan Engkilili. Daerah Sri Aman
berkongsi sempadan di sepanjang Banjaran Kelingkang, di bahagian selatan,
dengan Kalimantan Indonesia; dan bersempadan dengan Daerah Lubok Antu di
bahagian tenggara; Bahagaian Betong di sebelah timur laut. Pesisirannya di
utara bersempadan dengan Laut China Selatan dan di barat dengan Daerah
Simunjan, Bahagian Samarahan.
Sri Aman dalam Sarawak
Sri Aman
Bandar,
Daerah dan Bahagian Sri Aman pada asalnya dikenali sebagai “Simanggang”. Nama “Sri
Aman” diambil sempena dengan peristiwa bersejarah Deklarasi Sri Aman. Deklarasi
ini merupakan satu perjanjian keamanan yang ditandatangani pada 21 Oktober 1973
di antara Kerajaan (Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Haji Abdul
Rahman Ya’kub) dan komunis. Perjanjian itu menyaksikan perlucutan senjata
secara aman parti komunis yang dipimpin oleh Bong Kee Chok (Pemimpin gerakan
komunis yang dikenali sebagai Pasukan Rakyat Kalimantan Utara atau ‘PARAKU’).
Rentetan
peristiwa perjanjian tersebut, sebuah rumah rehat kerajaan iaitu “Rumah
Simanggang” (tempat berlangsungnya peristiwa bersejarah itu) telah dinamakan
semula pada 19 Mac 1974 sebagai “Rumah Sri Aman” bagi memperingati hari
bersejarah tersebut. Daerah dan bahagian Simanggang juga kemudiannya turut
dinamakan “Sri Aman”. Pertukaran nama ini dikuatkuasakan melalui SWK.L.N.42/80 of Part 11 of Sarawak Government
Gazette di bawah tajuk Simanggang (Change of Name) Order 1980.
Datuk Patinggi Haji Abdul
Rahman Ya’kub
Bong Kee Chok
Rumah Sri Aman suatu ketika dahulu
Rumah Sri Aman kini
Menurut
cerita, Simanggang mendapat nama kononnya daripada seorang Pedagang Cina yang
bernama Ah Song yang menjual barang keperluan menggunakan perahu di
persekitaran penempatan Batang Lupar. Penduduk tempatan di situ pula
menggunakan bahasa tempatan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.
Dengan demikian pedagang Cina ini juga berusaha menggunakan bahasa tempatan
setakat yang termampu. Pada suatu hari datanglah seorang Iban dari Batang Ai
yang hendak berjumpa dengan Ah Song yang sudah lama tidak berkunjung ke tempat
mereka. Lalu bertanyalah seorang Iban tersebut kepada kawan karib Ah Song:
“Dini alai
Ah Song” Tanya beliau.
" Udah
Si Manggang” jawabnya sambil bergurau.
Dalam bahasa
Cina ‘Si’ bermaksud ‘mati’ dan dalam bahasa Iban pula ‘manggang’ (magang)
bermaksud ‘semua’. Jadi ‘Si Manggang’ bermaksud sudah ‘mati semua’. Ringkasnya
selepas itu apabila mereka hendak berjumpa dengan Ah Song, mereka akan
memberitahu bahawa mereka hendak ke tempat yang bernama Simanggang.
Penduduk di Bahagian
Sri Aman terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Iaitu Iban, Melayu, Bidayuh,
Melanau, Bumiputera lain, Cina dan bukan Bumiputera lain .
Pertanian dan perikanan merupakan
sektor yang amat penting di bahagian ini kerana bahagian ini tidak mempunyai
sumber asli seperti gas, minyak dan sebagainya. Namun begitu sumbangan daripada
sektor perhutanan juga kian berkurangan. Oleh itu kegiatan peladangan kelapa
sawit, penanaman padi dan perusahaan perikanan darat adalah aktiviti yang amat
penting untuk bahagian ini.
Sri
Aman juga mempunyai sejarah yang lama bersama penjajahan Brooke (Rajah Putih). Tempat
kediaman penjajah ketika itu ialah ‘Kubu Alice’juga dijadikan sebagai benteng pertahanan
untuk kawasan sungai Batang Lupar. Sekarang ini bangunan tersebut masih wujud
dan pernah menjadi kunjungan orang ramai. Namun begitu keadaan ‘Kubu Alice’
kini terbiar dan tidak diselenggarai.
3 generasi Rajah Putih yang pernah memerintah Sarawak
Sri
Aman terkenal dengan buaya legenda “Bujang Senang”nya dan fenomena unik ombak
gadang yang digelar BENAK. Pesta BENAK diadakan setiap tahun dengan acara
utamanya adalah regata lumba perahu pelbagai kategori pengayuh dan acara-acara
sampingan yang lain.
Terima kasih,
Sumber maklumat dan foto: